Monday, November 8, 2010

JENAYAH CYBER

SERDANG: Sifat tamak dan cepat teruja dengan tawaran lumayan dalam Internet seperti skim cepat kaya dikenal pasti menjadi punca utama menyebabkan jenayah siber semakin bermaharajalela, sehingga sesiapa saja boleh menjadi mangsa dan mengalami kerugian dalam sekelip mata.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata melalui penyelidikan dan siasatan pihaknya mendapati sifat tamak sesetengah individu menjadi penyumbang besar kepada kes jenayah siber.

Menurutnya, individu yang mudah teruja, ditambah dengan sifat ingin cepat senang dan kaya dalam tempoh singkat tanpa usaha sewajarnya boleh menyebabkan semakin tinggi peluangnya untuk menjadi mangsa kepada penipuan di alam siber.

Kami dapati ancaman terbesar kepada jenayah siber ini ialah diri kita sendiri iaitu perasaan tamak dari dalam diri serta kurangnya pengetahuan dan kemahiran mengenai teknologi maklumat.

“Inilah punca utama kita dieksploitasi dan membuka peluang kepada penjenayah siber untuk menipu, lebih-lebih lagi bagi individu yang gagal mendisiplinkan dirinya,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, di pejabatnya di Seri Kembangan, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment